:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami & Luqman Ikrami. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Monday, August 29, 2016

Hutang cerita

Alahai.. kali ni ibu betul2 sibuk. Banyak cerita untuk dicoretkan kat sini.. dari cerita ibu berniaga di kedai.. cerita ibu pregnant Lisa.. cerita Lisa lahir..cerita adam sekolah tadika.. cerita prestasi adam...cerita kisah adam & HSP.. cerita tentang arwah abg keoi menemui Penciptanya.. kisah jual myvi..kisah balik jb..balik terengganu.. kisah tragis pindah operasi mylovecokelat di rumah..cerita kenduri naik buai Lisa dan khatam quran Sofea... uwaaa.. banyaknya hutang cerita disini.


Sibuknya ibu anak 4 ini. Sekarang bru terpanggil nak share cerita sebab nanti bila 4 beradik dah besar... boleh baca coretan ibu. SALL (Sofea Adam Luqman Lisa)

Ok good night kesayangan ibu. Kesayangan ibu yang satu lagi sekarang di Sibu..outstation seminggu. Ermm.. selamat malam semua.


Gambar raya tahun ini. Ber enam!

No comments: