:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Sunday, December 25, 2016

Cuti sekolah 2016

25 Disember 2016.

Waaaa lagi 6 hari masuk ke tahun baru. Allahu cepatnya masa berlalu. 2017 nanti bakal sibuk mengatur perjalanan sekolah sofea (darjah 4), adam (darjah 1) dan luqman ke tadika. Alhamdulillah dah selesai pendaftaran semua. Tinggal lagi nak beli buku je. Total perbelanjaan ? Huhu usah ditanya. Dekat 2k.

Ok jom cerita kisah trip ke Tapah untuk majlis kenduri ofismate unikl. Sebelum tu kami dah set nak lunch dulu di Nasi Bamboo Sg Klah .. famous weh!

Masa sampai memang ramai orang. Fullhouse. Tapi alhamdulillah merasa gak la makan nasi dalam buluh tu.
Nasi buluh tu satu set RM2.50 × 4 (ada bagi timun, pucuk ubi , sambal kelapa &sambal kacang). Sedap.
Lauk kitaorg ambil talapia bakar, kambing bakar, dengan ayam bakar 2set. Fuhhh RM32 ok. Then sebabkan teringin, ibu ambik ketam cili seblah je (RM5) dgn kerabu mangga (RM3). Utk kuah, mintak sup tulang tapi ambik supnye aje (free).

Lepas makan, anak2 request ice cream dgn air kelapa. Ok nice! Air kelapa secawam plastik kt pasar malam tu rm3. Huhuhu

Ok selesai bab makan. Kami terus ke Tapah Road untuk ke rumah kenduri. Sampai dalam pukul 2pm , pengantin takde g shooting outdoor. Lepak2 jap ratah lauk kenduri sebab dah kenyang kan. Teringin plk ade gulai daging dgn ayam masak merah... layaaann.. hehe
Tak lama lepas tu pengantin sampai. Salam2 dan kami pun gerak balik.

Eh... tak balik terus tau. Next destination is Lata Iskandar. Saje la nak tunjuk kat adam dgn luqman rupa waterfall yang sebenar2nye. Jangan nanti lukis kat airterjun ade ombak besar org boleh surf and snorkling lagi..

Heheheh so excited diorg sampai kat lata iskandar. Hujan renyai2 masa kami sampai. Sempat la ambik gambar laju2 lepas tu balik ke Tapah semula. Jadilah...heheheh next time dah beso korang pegi la mandi sungai ke air terjun sendiri.

Sampai kat pekan Tapah, singgah makan nasi lemak dgn ayam goreng kfc femes katanya kat tepi jalan. Betul2 mengadap shell kt pekan tu. Ok.. memaang layan..ayam panas2 rangup plk tu
.masa kitaorg tgh makan pun 3 kali gak diorg refill ayam baru. Fuhh! Sedap2. Murah lak tu. Nasi lemak daun pisang tu pun layan gak.

Lepas makan,kitaorg shoot balik Ipoh jln dalam. Sebab school hol , hiway jem bangaat.


Orait. Sekian short trip anak2 ibu cuti sekolah ni. Tu pun dah menelan belanja dekat rm200. Makan je.. x beli ape2 pun!




Friday, September 16, 2016

Aidiladha 2016

Video hari ni. Takde aktiviti sangat duk rumah sempena cuti Malaysia. Kebetulan Lisa demam so memang tak keluar kemana2. Kalau tak confirm dah panjang langkah..hehehehe

Gambar Hari Raya Aidiladha yang lepas. Masa ni Lisa tengah tido.

Sayang Lisaaaa... hehehehe 

Monday, September 5, 2016

Ibu.. jangan terlepas lagi




Hari ni cukup Khalisa 9 bulan. Ni gambar lisa kat klinik kesihatan gunung rapat (KKGR). Lisa dah mengantuk sangat tunggu giliran nak masuk bilik nurse review ttg perkembangan lisa..berat 6.8kg

Huhu masih dalam line putih. Alahai .. semoga lisa membesar dengan sihat dan ceria ye sayang. Gambar ni ayah yang candid. Hihi masa ni abg luqman pun ikut skali. Abang adam & kak long pergi school.

Monday, August 29, 2016

Hutang cerita

Alahai.. kali ni ibu betul2 sibuk. Banyak cerita untuk dicoretkan kat sini.. dari cerita ibu berniaga di kedai.. cerita ibu pregnant Lisa.. cerita Lisa lahir..cerita adam sekolah tadika.. cerita prestasi adam...cerita kisah adam & HSP.. cerita tentang arwah abg keoi menemui Penciptanya.. kisah jual myvi..kisah balik jb..balik terengganu.. kisah tragis pindah operasi mylovecokelat di rumah..cerita kenduri naik buai Lisa dan khatam quran Sofea... uwaaa.. banyaknya hutang cerita disini.


Sibuknya ibu anak 4 ini. Sekarang bru terpanggil nak share cerita sebab nanti bila 4 beradik dah besar... boleh baca coretan ibu. SALL (Sofea Adam Luqman Lisa)

Ok good night kesayangan ibu. Kesayangan ibu yang satu lagi sekarang di Sibu..outstation seminggu. Ermm.. selamat malam semua.


Gambar raya tahun ini. Ber enam!

Merdeka celebration dress



Anak kalau dah request something.. aduhai..tak sampai hati ibu tak buat.

As usual attitude cikgu2 sofea ni suka bagi short notice a.k.a buat keje last minit. Esok nak ade event kul 11malam baru inform bagitau. Esok nak kena bawak itu ini, 9 mlm baru inform mak bapak budak2 ni..dah biasa kan!

Masuk je sofea dalam kereta tadi dia terus bagitau yg dia jadi wakil kelas meragakan pakaian merdeka. Alahai.. mana la nak cari kan.. cikgu suruh pakai baju kurung tah pape pegang bendera. Hellooo.. ibu ni kalau nak buat biarla buat betul2. Erm.. just to make her happy. Gigih la angkut 4 beradik pi cari kain bendera. Pegi 1st kedaj tutup.. tpksa la pg kedai yang jauh sikit dr rmh.. alhamdulillah ade. Lisa pula dah la merengek sbb dia poo masa nk keluar seblum tu.  

Malam.. ibu jahit tangan buat instant double loop shawl senang utk sofea pakai kat sekolah esok. Lebihan bendera tu ibu jahit keliling bawah dress sebab dress tu senteng sikit. Dress dia umo 6 tahun kut... huhuhu 

Tadaaaa... dah siap! And ibu puas hati. Tq to opah kebetulan ada sebab tolong2 sama jahitkan part bawah dress tu. 

And she is happy!

**treat ur love special**

Sunday, August 28, 2016

New chapter of Acu's life.

Uwaaa...lamanya  tak tulis apa2 kat sini. Anak dah bertambah... kerja rumah pun semakin banyak. Allahu.. apa pun syukur pinjaman dunia ini. Alhamdulillah.

Hari ni terpanggil nak kongsi memori indah buat keluarga kami. Bila dapat tahu adik bongsu kami bakal dirisik orang... huhuhu i olls kesedihan pulak.. my youngest sister.. kesayangan semua nak kawin?? Oh how time flies! Terus bergenang air mata ni... huhuhu

Alhamdulillah..semalam (27 Ogos 2016) keluarga pihak lelaki datang merisik Acu. Here some photos untuk tatapan semua.

Suka dengar Uda berkata-kata.. berseloroh... heheheh Uda dengan Ayah memang professional dalam bab2 macam ni. 





Semoga semuanya berjalan lancar dan pertalian ini kekal dengan izinNya. Aamin.