:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Sunday, December 25, 2016

Cuti sekolah 2016

25 Disember 2016.

Waaaa lagi 6 hari masuk ke tahun baru. Allahu cepatnya masa berlalu. 2017 nanti bakal sibuk mengatur perjalanan sekolah sofea (darjah 4), adam (darjah 1) dan luqman ke tadika. Alhamdulillah dah selesai pendaftaran semua. Tinggal lagi nak beli buku je. Total perbelanjaan ? Huhu usah ditanya. Dekat 2k.

Ok jom cerita kisah trip ke Tapah untuk majlis kenduri ofismate unikl. Sebelum tu kami dah set nak lunch dulu di Nasi Bamboo Sg Klah .. famous weh!

Masa sampai memang ramai orang. Fullhouse. Tapi alhamdulillah merasa gak la makan nasi dalam buluh tu.
Nasi buluh tu satu set RM2.50 × 4 (ada bagi timun, pucuk ubi , sambal kelapa &sambal kacang). Sedap.
Lauk kitaorg ambil talapia bakar, kambing bakar, dengan ayam bakar 2set. Fuhhh RM32 ok. Then sebabkan teringin, ibu ambik ketam cili seblah je (RM5) dgn kerabu mangga (RM3). Utk kuah, mintak sup tulang tapi ambik supnye aje (free).

Lepas makan, anak2 request ice cream dgn air kelapa. Ok nice! Air kelapa secawam plastik kt pasar malam tu rm3. Huhuhu

Ok selesai bab makan. Kami terus ke Tapah Road untuk ke rumah kenduri. Sampai dalam pukul 2pm , pengantin takde g shooting outdoor. Lepak2 jap ratah lauk kenduri sebab dah kenyang kan. Teringin plk ade gulai daging dgn ayam masak merah... layaaann.. hehe
Tak lama lepas tu pengantin sampai. Salam2 dan kami pun gerak balik.

Eh... tak balik terus tau. Next destination is Lata Iskandar. Saje la nak tunjuk kat adam dgn luqman rupa waterfall yang sebenar2nye. Jangan nanti lukis kat airterjun ade ombak besar org boleh surf and snorkling lagi..

Heheheh so excited diorg sampai kat lata iskandar. Hujan renyai2 masa kami sampai. Sempat la ambik gambar laju2 lepas tu balik ke Tapah semula. Jadilah...heheheh next time dah beso korang pegi la mandi sungai ke air terjun sendiri.

Sampai kat pekan Tapah, singgah makan nasi lemak dgn ayam goreng kfc femes katanya kat tepi jalan. Betul2 mengadap shell kt pekan tu. Ok.. memaang layan..ayam panas2 rangup plk tu
.masa kitaorg tgh makan pun 3 kali gak diorg refill ayam baru. Fuhh! Sedap2. Murah lak tu. Nasi lemak daun pisang tu pun layan gak.

Lepas makan,kitaorg shoot balik Ipoh jln dalam. Sebab school hol , hiway jem bangaat.


Orait. Sekian short trip anak2 ibu cuti sekolah ni. Tu pun dah menelan belanja dekat rm200. Makan je.. x beli ape2 pun!