:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Thursday, February 12, 2009

Kenduri chenta cik puan

Nak kawen pun ada kesahnye..punya la haru. Bila dikenang kelako pulak rasa. Itu la orang cakap dugaan. Macam2 ar. Masa hari engagement kitaorg pun sama gak. Majlis berjalan dengan lancar but yg shadis nye kete mak mentua break down di pekan Bidor. Kepanasan dan x boleh gerak langsung. Mujur ada kaum kerabat yang pakai kete panjang n beso...muat la tumpang sampai ke rumah cik puan. Terpaksa la deporang berhimpit dalam kete tu..sian betul. Bayangkan la kete tu tak penah jalan jauh. Tup- tup sekali pegi dari Jb ke Perak. Semput la dia.

Masa kenduri kawen cik puan lagi la..Minggu hari berlangsung tu cik puan memang busy. Hari "menggantung" hari kamis tu baru la cik puan dapat balik. Kebanyakan preparation mak bonda la yang tolong setelkan. Mengkaseh mak! Unfortunately, masa sampai kat kampong...aduyai terkejut cik puan tengok coror pelamin..MIX! pelbagai warna! Ada orange la...silver striking la...pink la..Lain dari apa yang kitaorang confirmkn earlier. Cik puan dah tak senang duduk dah. Lagi pulak dat time dah ramai jiran tetangga datang membantu. Mulut berkelumit, mata menjeling-jeling pelamin. Lagi panas bila cik puan tegur.. " eh , kak ...nih tak sama dengan apa yang janji aritu"... si minah sengal yang tengah pasang pelamin tu boleh campakkan kain & mengamuk tak tentu pasal. Cik puan pun ape lagi...Kasi sound tempek la sikit. Aku customer jgn treat camni la wei... Mak bonda dah terdiam..Mujur ayah ada penyejuk keadaan. Aku suh diorg kensel.. Lantak la...Biar aku takde pelamin pun takpe.. End up cik puan pegi deal dengan satu lagi bridal collection kat bandar baru. Alhamdulillah service terbaik & pelamin pun memang jauh lebih cantik dari package yg dikensel tu.. Cik puan amat berpuas hati.

No comments: