:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Monday, October 14, 2019

14 Oct 2019 Road to Madinah

Bismillahirahmanirahim..

Hari ni 15 Oct. Ibu dah hantar Sofea, Adam dan Luqman ke sekolah. So ni tgh breakfast kat flat HB.

Saja ibu nak simpan cerita kat sini. Pagi ni ayah dgn nenek dah selamat sampai Jeddah. Flight dari KLIA ptg semlm pukul 7.30ptg. Alhamdulillah.. Selamat sampai di bumi Arab yang semua umat Islam teringin nak pegi.

Hari sabtu lepas, kita sambut birthday Oct babies di rumah CikAna.. Seronok dapat berkumpul semua, baca yaasin utk Ayah pegi Umrah, makan2.. Thanks semua. Bagi hadiah birthday.. Allahu.. Semoga semuanya dimurahkan rezeki dan tercapai segala hajat diorg.






Dapat solat jemaat sama2. Allahu.. Nikmat apa yang kau dustakan.. Syukur semua ada. 



Ni malam masa nak berangkat ke KL. thanks Acu dan Sharul dtg Ipoh, Dpt abg arief tumpang ke KL. 





Ayah naik tren dari Putrajaya. Ada kawan SHAMS tolong hantarkan ambik ayah kat Bangi. Sampai KLIA, tak lama lepas tu nenek sampai dgn Maklang Jaja. Alhamdulillah. 

Ustaz Syed Norhisyam, best buddy ayah sudi dtg jumpa ayah kat KLIA. Sedekah kat ayah duit siap2 dah tukar duit riyal. Sama dgn kawan ayah Sek Sheikh Malek yg keje security KLIA. Awal2 dah pesan kat ayah nak jumpa lepas dia habis keje. Bagi ayah duit jugak. 

Alhamdulillah murah rezeki Ayah. Ramai bagi ayah duit. 





Selamat sampai Jeddah. Terus naik bas ke Kota Suci Madinah.. Allahuakhbar bertuahnya. Hadiah birthday ayah yang ke 40. Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah ayah. 

Betul sofe cakap dalam kereta kan, 'ayah ni pegi mana2, ada je kawan ayah"
Dan ibu cakap "sofea paling bertuah.. Bertuah sangat ayah dapat doakan sofea UPSR dan segalanya di Mekah." InsyaAllah semoga termakbul segala doa. Aaminn yra. 

Ok. Ibu stop dulu. Nk sambung makan. Lepas tu nk gi kedai donut.. 



Monday, April 1, 2019

Wedding Acu n Sharul 23 Feb 2019


Nukilan ibu di facebook pada 28 Feb 2019.
So ibu copy paste je kat sini ye.

Terjaga pukul 1 : badan lisa panas sangat. Bagi makan roti sekeping dan lepastu ubat. Mata  tak dapat lelap, kita layan lagi gambar acu.

#moment teringat kisah kami deco bahagian luar. Pintu entrance ni dari #azliasyikin. Disebabkan mereka dah install pelamin awal hari rabu, so arrangement luar mmg serah kat tuan rmh. Pandai2 la nak letak mana ikut citarasa kami. Malam jumaat tu lepas baca yaasin, kami start la buat keje.

Utk pintu gerbang tu, me myself bgtau la kena letak sini blablabla.. Tak lama lepas tu, Bamin datang kat pintu dapur bagitahu "kakyang, kamu tgk la ape kitaorg buat, panchek buat.. Hehehhe"dgn gelak2 nye. Mcm something tah pape je.

Tgk2, kain tiang tu dia pi sangkut kat porch rumah..Ya Allah, kita mmg suka sangat. Mmg plan nk deco ade kain2 jurai kat area walkway pengantin tu sbb nak ade shades, tapi tak terkata je. Bamin tanya, kamu ok ke?.. "Eh ok.. Kita mmg suka n nak macam ni". Bamin terkejut idea lulus. Ehehhe 😂😂

Thanks panchek thanks bamin.

Malam tu juga buat rehearsal sikit dgn bridesmaid n pengapit. Sama jugak duk bincang time berarak kereta minimoq dgn amin uda, kIna, sharul n panchek. Ok smooth as planned. Alhamdulillah.

Pukul 12 am mlm tu almost settle keje luar. Kita temankan bamin gantung banner kat hujung khemah, angah n panchek pegi letak signange kat jalan2, arief settlekan playlist lagu yg dia dah download semingu awal requested by pengantin. List lagu je panjang mcm event 2 hari 2 malam. 😂 🤦‍♀️ n set up laptop kat pa sistem dgn Abg Edil. Tak lama lepas tu diorg gi minum. Around 2 am balik. Panchek susun kerusi rotan dia tido luar. Hehehe jadi jaga plak dia mlm tu.

Untuk deco meja beradab pulak, sabtu tu after subuh, siap2 pakai baju semua, lisa dah bagi susu sebotol n she sleep well. calit muka sikit ala kadar, terus keluar. Pak Hamid pun baru sampai dengan wife dia. "Pak Hamid bawak bunga meja tetamu semua putih utk Tasya. Semalam lewat ptg Pak Amid beli".. Sbnarnya bunga pak amid yg ada tak kena tema, so tak kesah pun ckp kat dia takde pun takpe.. "pak amid nak nampak sempurna. Tuan rmh happy, pak amid pun happy"... Ya Allah, baiknya.

While wife pak amid siapkan scallop meja, kita pun arrange la bunga2 hiasan purple utk meja rombongan lelaki. Bunga Backdrop tu pun kita main sangkut je. Tak pikir pape dah asal nak cepat siap je sblum side lelaki smpi utk nikah. Hehehhe alhamdulillah nampak ok pada mata kita. Thanks kin @azliasyikin bagi pinjam bunga2 tu semua. ❤️

Thanks tuan empunya share gambar. 😉
#simpankenangansini













Thursday, March 7, 2019

1 rejab hari ni

Allahuakhbar... Cepatnya masa berlalu. Waktu ni hari jumaat ibu tengah duduk makan nasi goreng ibu masak pagi tadi untuk breakfast dan bekal semua. Lisa masih tido kat atas.

Allahu.. Taktau nak describe feeling minggu ni. Kejap kat atas kejap kat bawah.. Kejap berbunga2, kejap sayu je.. Macam2 berlaku minggu lepas n minggu ni. Ok...... Bagi ibu tarik nafas dan cerita 1 satu..

Jumaat lepas  alhamdulillah Ayah dapat juga kereta yang ditunggu2 hampir sebulan. New baby in d house. No plat saja ayah beli kat jpj no yg sama dgn avanza. Agak teruja sangat kali ni sbb dah lama ayah bawa espri ke kerja dan hantar anak2 semua ke sekolah.

Malam tu ibu decide bawa adik ke klinik sekali lagi sebab adik duk complain sakit perut dan adik cirit birit dari pagi lebih 10 kali. Sian sangat kat adik. Actually adik n lisa demam since balik je dari kg. Hari selasa dua2 down fever sampai la ke hari khamis. Lisa alhamdulillah sihat sepenuhnya, adik je yg berpindah sakitnye yg lain pulak.

So bila bawak g klinik debotanic, doc suruh refer hosp. Dipendekkn cerita, kita semua pegi PCSH (Perak Community Specialist Hospital). So malam tu adik warded. Bermulalah rutin agak tunggang langgang sikit. Ayah jaga adik diward malam tu.

Esok pagi hari sabtu, ibu awal2 dah bawa yg lain2 ke hospital b4 mandi sebab ayah nak pegi keje. Kebetulan ada event di ofis ayah. Kak long pulak nak ikut ayah pegi tenby, so lepas mandi kat wad, ayah n kaklong pegi. Tinggal lah adam, lisa, adik dan ibu menunggu atuk n opah datang. Adik still lagi cirit dan claim sakit perut. Oh ye pagi tu pun kena pegi ultrasound nak check adik ade appendix ke tak. Alhamdulillah bila buat ultrasound takde. Doc pun kata kalau appendix dah terangkat dah kaki tu kalau doc tekan2. Bila naik ke wad, baru adik dibenarkan breakfast.

Lama juga tunggu opah sampai, dlm pukul 1 lebih tu semua sampai. Acikana masakkan lunch sup ayam utk adik. Alhamdulillah sedaappp dari makan lunch hospital...hehehehe
Cik ana drop je sbb qaseh tak leh naik ke wad, so opah atuk tunggu sampai ayah n kaklong balik.

Opah atuk kepenatan. Siannya la.. Terima kasih mama ayah. YA Allah.  PANJANGKAN UMUR MEREKA BERDUA, BERIKAN MEREKA KESIHATAN YANG BAIK, SIHAT DAN SIHAT.. BALAS LAH JASA MEREKA YANG TAK HENTI2 UNTUK KAMI INI.  AMINNN


Mulut lisa ada ulcer. 

Ayah temankan adik tidur kat hospital 

Then ptg tu semua balik ke rumah. Tinggal ibu n adik je. Bonding time and dapat la ibu berehat kejap. Ayah balik nak panggil org repair washing machine. Kebetulan dah berapa hari mesin basuh rosak. Aih... Masa ni jugak la dia nak buat hal. Then ayah panggil juga org dtg servis ekon bilik master bedroom yg dah menitik2 air nye. Lama sangat x servis. Ermmm.. Harunya la. Lambat juga settle keje ayah,.. Lewat ptg tu ayah ke laundry pulak. Settlekan baju2 yg tak basuh. Dah siap2 lewat juga lepas magrib rasanya ayah sampai.. Ibu dah siap mandikan adik ptg tu, still... Adik cirit lagi walaupun x banyak. Najis nye pun dah dibawak ke makmal utj tgk virus ape. 

Ibu balik ke rumah lepaa Isya. Sampai2 rmh terus makan ala kadar. Mujur lisa dah tidur pagi kat hospital sementara tunggunopah atuk sampai, jadinya dia segar la malam tu.. Tak lama lepas tu semua org tido. Sebab esok nak sukan pulak. 

Ahad .. 

Bangun awal pagi . Tu pun rushing juga sampai KV dah lewat. Org semua dah berbaris utk perbarisan. Cepat2 ibu tolong muallimah siapkan kaklong pakai baju kebudayaan untuk pegang sepanduk. 



Sian adik tak dapat join sukan sekolah dia untuk pertama kali. Takde rezeki dik. 😔

Tinggalkan abang n kaklong kat sukan, ibu n opah gi breakfast. The nearest is stadium. So, makan la kitaorg kat sana.. Menunggu roti canai lambat yakmat sebab ramai org. Bonding time as usual makan dgn opah, share cerita itu ini. 

Lepas tu terus gi hospital. Mandikan lisa kat hospital, tak lama lepas tu gi ambik kaklong  dgn abang pulak. Ayah stayed kat hospital dengan luqman. Dalam pukul 3 lebih ibu dtg hospital semula bawak makanan. Ayah pulak balik bawa NBT. Ptg tu doktor kata adik dah boleh balik. So lewat ptg jugak discharge. Ibu drive sendiri bawa TCB. Adik tuntut janji pegi Mr DIY terus nak beli toys. 

Beli 1 untuk abang. Tertidur on the way balik. Sian anak ibu. Semoga terus sihat dik. 

End weekend. Esoknye sekolah cuti sempena sukan. Alhamdulillah rest sikit utk ibu.