:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Thursday, April 23, 2020

Istimewanya Ramadhan Kareem 2020

Bermula la malam ni Terawih yang pertama. Alhamdulillah Allah SWT aturkan yajg terbaik utk keluarga ibu. Dapat bersama-sama Opah  & Atuk dalam menunaikan ibadah puasa tahun ni. Allahuakhbar indahnya aturan Mu
ya Allah Kau Yang Mengatur segalanya untuk kami.. Kami redha. Moga ada hikmah terbaik disebalik apa yang berlaku.

Alhamdulillah malam ni Terawih, Ayah yang imamkan. Siap letak quran kat depan utk baca surah. Ehhehe lepas tu Atuk nak jd imam pulak. Ok tukar jap mcm seisi gamw bola la pulak. Suara atuk terputus2, so next Ayah masuk imamkan semula hingga habis. Malam ni baca Surah Kahfi. InsyaAllah sambung lagi esok.

Lepas witir, Pakngah ajak semua tadarus. Atuk n ayah dah tak larat.. So yang lain je la tadarus Surah Al Baqarah. Alhamdulillah.. Seronoknya. My 1st time join tadarus. Semoga a berterusan. Sofea, Adam dan Firdaus pun join jugak. Alhamdulillah

Ok. Selamat berpuasa semua
Semoga kita berjaya menunaikan ibadah puasa ni dan dapat mengharungi ujian Covid19. PKP extend smpi 12 Mei. 😢





Wednesday, April 8, 2020

Maksud bacaan dalam solat

Ibu copy dari posting sahabat di FB.
Semoga bermanfaat dan dapat jadi rujukan..

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)

Monday, April 6, 2020

Peperangan yang tidak nampak

Allahuakhbar..
Allahuakhbar..
Allahuakhbar..

COVID-19 melanda seluruh dunia.. Bermula dari Wuhan, China.. Menyebabkan kematian lebih 3,000 orang, kini virus ini menular tiada henti.


Malaysia kini masih bertarung. Cuba bertahan dan berlawan. Musuh yang tidak nampak ini menyerang dari awal cuti sekolah bulan Mac lepas. Lebih teruk bila ada kluster dari perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling. Ya.. Tiada yang menyangka. PKP bermula dan kita sekeluarga stranded di Teluk Intan.

Alhamdulillah.. Banyak aktiviti yang kita buat. Kids enjoy je macam2 buat kan. Dapat berlari kesana sini. Opah Atuk pun happy ada yang meriuhkan suasana. Kalau tak, confirm bosan berdua saja.

Keadaan Atuk? Ermm.. Lepas makan ubat special dari pakar Resperatory Hosp Pemaisuri Bainu,  Ipoh.. Alhamdulillah atuk ok, takde kena kesan sampingan.. Tapi ye la ubat tu hanya utk menahankan dari terus melarat. Batuk dan penat masih ada. Semoga Atuk terus bertahan dan Allah SWT panjangkan umur atuk, dipermudahkan segalanya buat Atuk dan Opah.

Ok. Nanti ibu cerita lagi. Sayu je hati bila fikir Ramadhan nak muncul tak lama lagi. Seriously Bazar tu tak pe lagi kalau takde. Terawih tu penting. Nak terawih kat masjid Teluk Memali..
Huhuhuhu

6 April 2020
PKP hari ke 20