:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Monday, March 26, 2012

::mood ibu menjunam jatuh ke tanah::


uarrrghhh !! bosannye kerja macam niiii!!Nak balik...Nak duk rumah! Nak buat samting yang ibu suka! Nak buat samting yang ibu tau! Waaarrrghhhh...dengarlah alam!! dengarlah hujan...!! (Damn! hujan lebat gila..sian anak ibu berhari2 suruh ibu amik awal...warrrghhh) mata ibu dah macam mata ikan emas dah ni...warrrghhh!! sob sob sob..

Sunday, March 25, 2012

He is seeking your love....


"Sofea sedih....sofea sedih ibu pukul adam. Ibu pegi balik kampung lah..biar opah duduk sini.." kata kata jujur dari mulut anak ibu yang comel.

Maafkan ibu...ibu penat sebenarnye. Ibu tak kuat..Ibu bukan iron lady..Ibu bukan a good mummy..Ibu bukan superwomen..Tapi Ibu janji ibu takkan pukul adam lagi...Ibu janji tak marah lagi..Selamat malam anak2 ibu...Semoga esok pagi ibu ceria ...seceria "rumah" ibu ni.

Sebenarnye ibu rindu...Ibu rindu Ayah..Ibu nak ayah sentiasa ada dengan ibu...walaupun ibu selalu gaduh-gaduh dengan ayah tapi ibu sayang ayah...Ibu takmo ayah pegi jauh dari ibu..ibu tak suka...Ibu nak ayah ada main main dengan ibu...
Mode : Malam ini ibu tidur dalam tangisan...jangan sapa2 ganggu ibu.

"Jan jan jala itik jala ayam
Berapa lubang kancil
Seratus lima puluh
Singgah dayang singgah
makan sireh mulut merah..."

Sebelum tidur , kita semua main jan jan jala feveret game adam. Adam n kak long so happy. Then kita main nenek2 si bongkok tiga...tutup mata dgn tudung ibu..hahahha..we had a lovely fun! we played together with Opah...hhaha semua happy and adam paling seronok sekali.. :D !

Friday, March 23, 2012

::Acu got flying colors::




Congratulations Acu...Semoga berjaya hingga ke menara gading ..masuk Universiti dapat degree or maybe rezeki Acu belajar ke oversea...hhihihihi...Anyway its your new episode of your life dear sis...Wish you success in your future undertaken...I am always love you...HUGS!

Home sweet home : part 1

Welcome! Here few photos taken during I brought sofea to Seri Margosa. So sad we go there without his daddy as he is busying with his marketing stuff at Kuantan. I wish you are here too B.. :(
Yeay!! Finally ibu..this is our house!

Sofea got her own too..

Ibu's little kitchen...

Ayah & Ibu's shower screen..i love it. :D


Our living : Family space with love...

Will update for 2nd part : Lighting & Fan Installation

Thursday, March 22, 2012

::what a busy month..::



Seriously tak cukup masa dan tenaga...aduhai..mmg wrong timing. B busy pi outstation the whole month!! Schedule dia mmg pack utk bulan ni and coming April. result spm br kluar kan..so banyak la program marketing etc. owh gosh...nak pindah rumah ni camne? banyak benda kene buat..esp utk packing2 barang..ermm mmg la mak bonda & acu ada..tapi nanti kang mana diorg tau ape kita plan..ape kita nak ..ape kita taknak...ermm..kang buatnye dah pindah cik somi tanya kt kita balik kat mana itu..kat mana ini...dah la mmg pelupa (bcause alot of thing I need to remember & think!!) ...tak dapat jawab kang kita lak yg kene..aduhai...tired ! tapi memang suka je nak pindah...

banyak yang nak kene arrange. packing2, arrange lorry, deal wiring , plumbing, ironman, deal org indon, beli barang kemas rmh, beli lampu kipas, nk bersihkn rmh, mmg semlm cikpuan ajak jugak cik somi pegi beli kotak etc. i kno he will bebel me sbb ikut...lantak lah..janji ape yg aku plan setel utk aritu.


ermmm Ya Allah kau berikanlah aku tenaga lebih..aku tak penat...tak mudah marah..melenting..sabar dalam mengharungi hari2 akan datang...supaya emosi aku lebih stabil menguruskan ape yang patut...AMIN.
Allah sayang orang yang sabar kan??

tapi ni pun dah sakit2 badan..camne??!

Sunday, March 18, 2012



Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang bingung ?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya tidak hairanlah apabila para Sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih kepada Allah swt.

Tatacara sujud syukur

Sujud syukur itu seyugyanyalah dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan.

Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza seperytiaman sujud tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan soklat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebatengah Ulama yang berpendapat bahawa sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.

Botani : Here we come...

Alhamdulillah...syukur kepada Mu Ya Allah diatas rezeki ini.
Betul cakap mama .."kamu ni nanti pindah lepas pantang..macam sebelum2 ni.. "

Hahaha..memang ye pun. Ingat lagi. Abih pantang sofea dulu , kitaorg berpindah dari puteri subang ke orkid apartment. tak lama duk rumah puteri subang tu sbb rasa besar sngt..kos pun besar..hehehe

Abih berpantang adam pulak , dah bekerja keras pindah ke Ipoh. hahaha..semuanye kelam kabut.mujur ramai yg datang membantu masa tu..

Ni elok abih pantang luq, nk setel pindah ke botani pulak..last dah pindah rasanye ni..sebab rumah sendiri..tapi anak last jugak ke? kihkihkih...takkanlah kalo ada rezeki anak baru pindah rumah lagi.. :D

ape pun banyak keje nak kene buat..1stly...kene cari kotak ngn beli plastik sampah..kihkihkih


Tadi berjaya surprise kat atuk ngn opah pi taiko amik kunci...hihihi....

Friday, March 16, 2012

::March 17, 2012 l tambun office ::

As-salam..

Hari ke dua sabtu bertugas di tambun. hari ni adam & luq terpaksa resque antar ke rumah family Mia (officemate uniKL). last minit la plak baby sitter kak ina tu ckp xley nk jaga arini. aduhai...ni la maksalah pengasuh ni...part2 gini la yg tak ok nye..tak inform awal2 nak cuti..kita la yg kelam kabut nk cari sape la yg nk jaga...nasib baik Baiyah (twin Mia) n her mom sanggup tolong...nasib baik.

Semalam pegi jalan2 ngn kak mas ke bazar baju kat sg siput. best nye tgk baju2 kain polkadot tu..suka betul..and semlm dah amik sepasang..hihihi cute je.

takde ape yg menarik utk dikongsi bersama sekarang ni...mood berombak kejap pasang kejap surut..up n down..cam kampeni skarang ni tgh down..ermm as what Dato Tan said..if external yg affected..lagi teruk kene hit.. mujur la internal so hopefully ada sinar cahaya baru la..bernafas naik dan terus naik...maju dan terus maju.. supaya kami dapat bonus berbulan2 seperti dulu..

InsyaAllah..



Gambar sekadar untuk pemanas semangat..kasi warm up dulu... :D




Lime green appears tame when softened with accents of peach and lemon yellow. White trim around windows and doors keeps the living room walls looking breezy and fresh



Smart gak..this is what we called art!!

Thursday, March 15, 2012

BARAKALLAH..

DENGARLAH DUNIA SEISI ALAM...
SAYA BERSYUKUR GEMBIRA...ALHAMDULILLAH..
HATI NI RASA DAH TERBANG KE LANGIT ........WIIINNKKK**