:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Monday, August 29, 2016

Hutang cerita

Alahai.. kali ni ibu betul2 sibuk. Banyak cerita untuk dicoretkan kat sini.. dari cerita ibu berniaga di kedai.. cerita ibu pregnant Lisa.. cerita Lisa lahir..cerita adam sekolah tadika.. cerita prestasi adam...cerita kisah adam & HSP.. cerita tentang arwah abg keoi menemui Penciptanya.. kisah jual myvi..kisah balik jb..balik terengganu.. kisah tragis pindah operasi mylovecokelat di rumah..cerita kenduri naik buai Lisa dan khatam quran Sofea... uwaaa.. banyaknya hutang cerita disini.


Sibuknya ibu anak 4 ini. Sekarang bru terpanggil nak share cerita sebab nanti bila 4 beradik dah besar... boleh baca coretan ibu. SALL (Sofea Adam Luqman Lisa)

Ok good night kesayangan ibu. Kesayangan ibu yang satu lagi sekarang di Sibu..outstation seminggu. Ermm.. selamat malam semua.


Gambar raya tahun ini. Ber enam!

Merdeka celebration dress



Anak kalau dah request something.. aduhai..tak sampai hati ibu tak buat.

As usual attitude cikgu2 sofea ni suka bagi short notice a.k.a buat keje last minit. Esok nak ade event kul 11malam baru inform bagitau. Esok nak kena bawak itu ini, 9 mlm baru inform mak bapak budak2 ni..dah biasa kan!

Masuk je sofea dalam kereta tadi dia terus bagitau yg dia jadi wakil kelas meragakan pakaian merdeka. Alahai.. mana la nak cari kan.. cikgu suruh pakai baju kurung tah pape pegang bendera. Hellooo.. ibu ni kalau nak buat biarla buat betul2. Erm.. just to make her happy. Gigih la angkut 4 beradik pi cari kain bendera. Pegi 1st kedaj tutup.. tpksa la pg kedai yang jauh sikit dr rmh.. alhamdulillah ade. Lisa pula dah la merengek sbb dia poo masa nk keluar seblum tu.  

Malam.. ibu jahit tangan buat instant double loop shawl senang utk sofea pakai kat sekolah esok. Lebihan bendera tu ibu jahit keliling bawah dress sebab dress tu senteng sikit. Dress dia umo 6 tahun kut... huhuhu 

Tadaaaa... dah siap! And ibu puas hati. Tq to opah kebetulan ada sebab tolong2 sama jahitkan part bawah dress tu. 

And she is happy!

**treat ur love special**

Sunday, August 28, 2016

New chapter of Acu's life.

Uwaaa...lamanya  tak tulis apa2 kat sini. Anak dah bertambah... kerja rumah pun semakin banyak. Allahu.. apa pun syukur pinjaman dunia ini. Alhamdulillah.

Hari ni terpanggil nak kongsi memori indah buat keluarga kami. Bila dapat tahu adik bongsu kami bakal dirisik orang... huhuhu i olls kesedihan pulak.. my youngest sister.. kesayangan semua nak kawin?? Oh how time flies! Terus bergenang air mata ni... huhuhu

Alhamdulillah..semalam (27 Ogos 2016) keluarga pihak lelaki datang merisik Acu. Here some photos untuk tatapan semua.

Suka dengar Uda berkata-kata.. berseloroh... heheheh Uda dengan Ayah memang professional dalam bab2 macam ni. 





Semoga semuanya berjalan lancar dan pertalian ini kekal dengan izinNya. Aamin.