:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami & Luqman Ikrami. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Saturday, August 20, 2011

::20 August 2011::

Wah...lama nye tak buat entry baru...Tiada masa untuk meluangkan masa kat blogspot ni. Kat office kerja melambak-lambak..Lepas satu satu dibagi...Update kat facebook biasa la...satu perkara yang wajib..neghehehe....

Banyak yang ingin diceritakan....cherita harijadi cik puan, harijadi sofea inara, jalan-jalan ke kuale, cherita adam irhami demam ketegor, cherita buat kuih raya, cherita bonus raya...(erk? ada ke jugak??)....fuh!! owh tak lupa cherita sofea inara pasal berat badan + kurang zat makan...cherita rumah raja ekram merajuk...banyak lah....

Gambar pun banyak yang tak sempat nak upload. Tak transfer lagi dalam lappy. Nanti lah...

Tadi berbuka puasa ..Masha-Allah...Rezeki dari Allah! Sampai naik senak perut ni makan...Kakcik kata dah takde ruang nak bernafas.. kih kih kih.....Kunun nak pi terawih, dah perut cam hape nak pi camne... terus terbaring depan tv.. Mama pun tak jadi pegi ..dah takde geng nak pegi..

NI dah pukul 9.30pm..Sofea inara kesedihan Kakak Dalina dia nak balik rumah sbb esok ada tuition. hehehe..terus nangis2.... merajuk sebab takde kawan nak main. Sian anak ibu.
Malam ni ada live bola liverpool vs Arsenal. Somi cikpuan ajak panchek pi CIty Mewah pi tgk bola...sib baik panchek nak pegi..ada la kawan. Angah pi Ipoh bawak Firdaus Imran shopping raya...shopping mercun katanye...kih kih kih..

Ok cik puan nak temankan anak dara ni susu..pastu nak layan dia sbb dia dah takde kawan..