:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Thursday, March 7, 2019

1 rejab hari ni

Allahuakhbar... Cepatnya masa berlalu. Waktu ni hari jumaat ibu tengah duduk makan nasi goreng ibu masak pagi tadi untuk breakfast dan bekal semua. Lisa masih tido kat atas.

Allahu.. Taktau nak describe feeling minggu ni. Kejap kat atas kejap kat bawah.. Kejap berbunga2, kejap sayu je.. Macam2 berlaku minggu lepas n minggu ni. Ok...... Bagi ibu tarik nafas dan cerita 1 satu..

Jumaat lepas  alhamdulillah Ayah dapat juga kereta yang ditunggu2 hampir sebulan. New baby in d house. No plat saja ayah beli kat jpj no yg sama dgn avanza. Agak teruja sangat kali ni sbb dah lama ayah bawa espri ke kerja dan hantar anak2 semua ke sekolah.

Malam tu ibu decide bawa adik ke klinik sekali lagi sebab adik duk complain sakit perut dan adik cirit birit dari pagi lebih 10 kali. Sian sangat kat adik. Actually adik n lisa demam since balik je dari kg. Hari selasa dua2 down fever sampai la ke hari khamis. Lisa alhamdulillah sihat sepenuhnya, adik je yg berpindah sakitnye yg lain pulak.

So bila bawak g klinik debotanic, doc suruh refer hosp. Dipendekkn cerita, kita semua pegi PCSH (Perak Community Specialist Hospital). So malam tu adik warded. Bermulalah rutin agak tunggang langgang sikit. Ayah jaga adik diward malam tu.

Esok pagi hari sabtu, ibu awal2 dah bawa yg lain2 ke hospital b4 mandi sebab ayah nak pegi keje. Kebetulan ada event di ofis ayah. Kak long pulak nak ikut ayah pegi tenby, so lepas mandi kat wad, ayah n kaklong pegi. Tinggal lah adam, lisa, adik dan ibu menunggu atuk n opah datang. Adik still lagi cirit dan claim sakit perut. Oh ye pagi tu pun kena pegi ultrasound nak check adik ade appendix ke tak. Alhamdulillah bila buat ultrasound takde. Doc pun kata kalau appendix dah terangkat dah kaki tu kalau doc tekan2. Bila naik ke wad, baru adik dibenarkan breakfast.

Lama juga tunggu opah sampai, dlm pukul 1 lebih tu semua sampai. Acikana masakkan lunch sup ayam utk adik. Alhamdulillah sedaappp dari makan lunch hospital...hehehehe
Cik ana drop je sbb qaseh tak leh naik ke wad, so opah atuk tunggu sampai ayah n kaklong balik.

Opah atuk kepenatan. Siannya la.. Terima kasih mama ayah. YA Allah.  PANJANGKAN UMUR MEREKA BERDUA, BERIKAN MEREKA KESIHATAN YANG BAIK, SIHAT DAN SIHAT.. BALAS LAH JASA MEREKA YANG TAK HENTI2 UNTUK KAMI INI.  AMINNN


Mulut lisa ada ulcer. 

Ayah temankan adik tidur kat hospital 

Then ptg tu semua balik ke rumah. Tinggal ibu n adik je. Bonding time and dapat la ibu berehat kejap. Ayah balik nak panggil org repair washing machine. Kebetulan dah berapa hari mesin basuh rosak. Aih... Masa ni jugak la dia nak buat hal. Then ayah panggil juga org dtg servis ekon bilik master bedroom yg dah menitik2 air nye. Lama sangat x servis. Ermmm.. Harunya la. Lambat juga settle keje ayah,.. Lewat ptg tu ayah ke laundry pulak. Settlekan baju2 yg tak basuh. Dah siap2 lewat juga lepas magrib rasanya ayah sampai.. Ibu dah siap mandikan adik ptg tu, still... Adik cirit lagi walaupun x banyak. Najis nye pun dah dibawak ke makmal utj tgk virus ape. 

Ibu balik ke rumah lepaa Isya. Sampai2 rmh terus makan ala kadar. Mujur lisa dah tidur pagi kat hospital sementara tunggunopah atuk sampai, jadinya dia segar la malam tu.. Tak lama lepas tu semua org tido. Sebab esok nak sukan pulak. 

Ahad .. 

Bangun awal pagi . Tu pun rushing juga sampai KV dah lewat. Org semua dah berbaris utk perbarisan. Cepat2 ibu tolong muallimah siapkan kaklong pakai baju kebudayaan untuk pegang sepanduk. 



Sian adik tak dapat join sukan sekolah dia untuk pertama kali. Takde rezeki dik. 😔

Tinggalkan abang n kaklong kat sukan, ibu n opah gi breakfast. The nearest is stadium. So, makan la kitaorg kat sana.. Menunggu roti canai lambat yakmat sebab ramai org. Bonding time as usual makan dgn opah, share cerita itu ini. 

Lepas tu terus gi hospital. Mandikan lisa kat hospital, tak lama lepas tu gi ambik kaklong  dgn abang pulak. Ayah stayed kat hospital dengan luqman. Dalam pukul 3 lebih ibu dtg hospital semula bawak makanan. Ayah pulak balik bawa NBT. Ptg tu doktor kata adik dah boleh balik. So lewat ptg jugak discharge. Ibu drive sendiri bawa TCB. Adik tuntut janji pegi Mr DIY terus nak beli toys. 

Beli 1 untuk abang. Tertidur on the way balik. Sian anak ibu. Semoga terus sihat dik. 

End weekend. Esoknye sekolah cuti sempena sukan. Alhamdulillah rest sikit utk ibu.