:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Wednesday, March 27, 2013

Adam & Hawa

Walaupun lambat tapi takpe lah..nak tulis juga..



Korang dah tengok drama bersiri Adam & Hawa? Owh mak..credit la kat semua pelakon. Especially Nadiya Nisaa yang berlakon so real. Menangis, ketawa, sedih ke...semua real.. Skrip pun rasanya tak la skrip kekok sangat. Aaron Aziz plak harus la diberi penghormatan dengan kejayaan melakonkan watak Adam Mukhriz @ Am.. boleh tersampuk dengan memek muka dia yg notty, cute tu.

Aiyo...pi buat muka taktau plak..notty betul! sapa yg takmo tengok berkali-kali...hahahahha


Rupanya Nadiya ni dah kawin..comel je..huhuhu 



suka la buat muka camtu..huhuhu husband Nadiya pun hensem juga.. 

koleksi gambar dari blogr.my

Anyway congrats juga sebab Nadiya & Aaron berlakon tak la manja terlebih ke..terlebih romance ke...sure Nadiya menjaga etika sebagai isteri/ibu...Good good... ok la.. suka-suka.. Pelakon yang lain2 Anzalna, Dazrin, Elfaeza pun a big role. Cumanya Dazrin je la kurang berkesan. Perlu diperbaiki. : D Ramai je la kalo view komen2 pasal cerita Adam & Hawa ni orang kata seeloknye biar la Neolofa instead of Anzalna utk melakonkan watak Dee.. errk..I think Anzalna pun bagus ape.. suka-suka.. sesuai la karaktor dlm cerita tu..Thumbs up!!

Pelakon extra yg lain dari sekecik2 watak macam nurse kat hospital and ustaz rush tangkap Am & Ain tu pun berlakon dgn bersahaja.. Kadang2 kita boleh nampak pelakon2 yg terikat dengan skrip, keras / kaku sebagainya.. Yang dalam cerita ni semua ok.. LIKE besar!! hehehehhe Congrats kat team & production yang hebat dalam menghasilkan drama yang berkualiti.. : D

Ok la...dalam proses mengdownload soundtrack lagu Adam & Hawa.. Layan.. : D

#Melatih diri bercakap dengan nada yang lemah lembut & sopan baik dengan suami,anak-anak atau sesiapa saja.. InsyaAllah


Sunday, March 3, 2013

Perginya seorang yang dikasihi..

Innalillahi wainaila hirojjiun.. Dari Dia kita datang & pada Dia kita kembali..

26hb Feb 2013 - Menerima panggilan dari Mama dalam pkul 7.30pm...dapat tahu Enche dah takda..
terkejut sungguh.. Tak percaya sbb Enche x sakit..Enche cuma sakit lutut je..

Call Kak Ina ucap takziah.. And Kak Ina pun masih dlm keadaan terkejut lagi.
Menangis tu ofcourse la kan.. Simpati sangat. Kak Ina tak sangka sangat
sebab baru je they all satu family berkumpul celebrate
birthday che'ta, aida & haikal di Putrajaya..
Kun fayakun...Hanya Allah SWT yang mengetahui.

Malam tu mmg tak plan langsung nak pegi ziarah untuk kali terakhir.
Dalam pkul 4am cikpuan mula bangun & buat coklat tempahan Timbalan Rektor UITM.
KLIK sini kalau nak tengok hasilnya ye.. :D Masa buat coklat tu call la Mama tanya dah sampai ke belum..& Mama cerita pulak yang Atuk Tahrim baru je meninggal dunia dalam pukul 3.30pagi seelok diorg semua smpi kat Jenderam Hilir. Ya Allah dugaan buat semua terutama Aina (cucunya) & sepul. Takziah.

Mama bagitahu kebumi pukul 9am..Errmm Cikpuan pun diskas la dengan somi
tanya pendapat boleh ke kalo nak pegi...rasa nak pegi la...
nak naik tren ke...naik bas ke..nak bawak budak2 ni semua ke?
fikirkan Adam yang baru je kene chicken pox & malam tu pun dia tak dapat tido..
Kesian pulak kat Adam...tapi jiwa ni
meronta2 la nak pegi ...sedih ya amat. We are one big family...sedih tu terasa bersama. :'(

Selepas solat subuh (dah meleleh dah air mata ni mendoakan arwah Enche)..call Kak Ina..
Kak Ina cakap kebumi pukul 10-11am..
Ermm ok dipendekkan cerita kitaorg pack barang ala kadar & terus shoot ke sana.
Set mind ada rezeki ada la dapat jumpa Enche before kebumi...
& Alhamdulillah dapat juga cium jenazah Enche ditepi liang lahad..elok2 je timing.
Terima kasih Ya Allah.






Perginya seorang Opah...Tiada lagi pandangan sebegini untuk
cucunya yang paling bongsu ni.. Semoga Arwah Enche ditempatkan dikalangan 
hamba-hamba yang soleh ,rohnya dicucuri rahmat & tenang di sana. Al-fatihah..


Meet you at the gate.. InsyaAllah...

A beautiful garden now stands alone,

missing the one who nurtured it
But now she is gone,
Her flowers still bloom, and the sun is still shines,
But the rain is like tear drops, for the ones left behind,
The weeds lay waiting to take the gardens beauty away,
But the beautiful memories of its keeper are in our hearts to stay,
she loved every flower even some that were weeds,
So much love she would plant with each little seed,
But just like her flowers she was part of God's plan,
So when it was her time he reached down his hand,
He look through the Garden searching for the best,
That's when he found her, it was her time to rest.
It was hard for those who loved her, to just let her go,
But God had a spot in his garden, that needed a gentle soul.
So when you start missing her, remember if you just wait,
When God has a spot in his garden, She'll meet you at the gate....

InsyaAllah..Amin.


Dedicate to all my cousins - 

Baman & Kak long + Syairah
Angah & Kak Ngah + Ifa,Izwan,Nizam,Hafiz
Alang & Kak Lang + Naim,Anis,Hafiz
Kak Ina & Abg Harun + Kimi,Elena
Kak Ita + Aida,Haikal
Esya & Ijat + Naura comey
Mazni

Big heart to all .... Semoga semuanya diberi kekuatan menghadapi 
dugaan ini. Takziah to all PEKMAR.




Saturday, March 2, 2013

Demam campak


Akhirnya..Turn Adam pula.. Owh.. 
Mujur tak kena serentak.
Dan Adam ni cepat sikit kering pox2nye ..
mungkin sebab Adam suka makan sayur. 
Cepat sembuh luka2 tu kut.
Apa pun kesian kat Adam sebab ada 3 spot ulser/pox2 ni dalam 
mulut kat lidah..So kurang la makannye..
Erm.Ibu doakan Adam cepat2 sembuh ye. 
Hugs.