:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Wednesday, October 23, 2013

nak bercuti? huh!



Again & again...

Cancel lagi...

Dulu Langkawi...cancel...

Nak pi ATV tak dapat..

Ni dah beli tiket....cancel lagi....


Arrrghhh stress ! sedih betul !

Thursday, October 3, 2013

Kembalinya ke Rahmatullah..

Bonda Hanisah pula dijemput Illahi.
30 Sept 2013 Mak Uteh pergi menemui penciptanya.
Orangnya baik..Tak banyak bersuara..
Gigih ke rumah saudara mara 
Walau diusung dengan kerusi beroda..
Raya atau kenduri , Arwah orang yang terawal tiba..
Kini kami pasti rindu..hilangnya seorang lagi ibu saudara...

#Semoga Arwah Mak Uteh tenang disana..diampunkan dosa & ditempatkan dikalangan hamba-hamba
yang beriman.

#Kenangan takkan dilupakan saat Arwah datang ke Seri Margosa. Jam 12 pagi Jln E/5 riuh rendah tidak seperti biasa..suara anak bergurau dengan ibunya. Akan ku ingat selamanya...Al-fatihah..




Thursday, August 29, 2013

Raya kali ini..part 1

Rasa teruja dan gembira tahun ini. Selama hampir 5 tahun tak pulang ke Taman Molek, kali ini rasa kelainanya. Pulang berlima memeriahkan rumah mama.. hahahah pening Nenek taw..

Adam & Luqman walaupun jarang sangat berjumpa dengan keluarga sebelah Ayah, sangat - sangat baik macam biasa saja. Gembira bermain dengan kucing-kucing penghuni setia rumah JB.

Hari sabtu sampai saja di JB, petang tu kami ke Pasar Ramadhan di area-area Kg Melayu Majidee...apa nama taman tu pun dah lupa. Sangat la teruja.. Sangat puas hati sebab dapat Kacang Pool JB dan pari bakar bersambal. Alhamdulillah..





Bestnya dapat pegang-pegang..dekat-dekat dengan kucing. Kat Perak mana merasa kan..huhuhu yang si Gegurl ni pun suka je la orang duk belai2 dia..




So happy family gather in Taman Molek.. Love all..


yay!! dapat pegang ekor Gegurl... :D



Adam je yang berani main bunga api...Kak Long takut...huhuhu


Ni la Mak Lang Jaja.. 






Monday, August 5, 2013

Our first flight back to JB for Aidilfitri

Kali ini beraya di Johor Bahru.
Flight 4 Ogos 2013
Pengalaman pertama buat Sofea, Adam & Luq..









Alhamdulillah selamat sampai di Airport Senai pukul 1145am.. 
Sampai je nenek dah sedia menanti..

Perjalanan menarik buat Sofea & Adam. 
Sofea teruja..
Adam dah faham...
#Airoplane#Langit#Langgar Awan#

Wednesday, July 31, 2013

Dugaan di bulan Ramadhan.


Kenangan Ramadhan kali ini.
Semua jatuh sakit. Terkena virus herpes di mulut. Mujur ibu
Dan ayah yang kena teruk. Lambat doc trace
penyakit ni.

Gambar atas : anak-anak datang visit ibu
& ayah di wad 7b KPJ Ipoh specialist.
Ibu & ayah admitted 4 hari.

Wednesday, May 1, 2013

FAMILY & PUBLIC HOLIDAY

Alhamdulillah...diberi kesempatan untuk menikmati cuti hari pekerja semalam. What else yang akan dibuat selain spend masa dengan sebaik mungkin untuk anak-anak..

We manange bawak anak-anak ke Kidszoona, Jusco Station 18. Lama juga dah plan memandangkan ayah asyik sibuk out of town. Dah lama dah diorg tak main kat sini..Finally tercapai juga impian..ngegege Thanks to AEON Station 18 sebab menyediakan fasiliti terbaik buat kami yang mempunyai anak-anak kecil ni. Baby & Car stroller, Baby room yang dilengkapi kemudahan air, bilik yang cantik, Buaian baby...& yang penting playarea besar untuk kanak-kanak. Thank you so much. Aeon Station 18 tak jauh pun dari Botani..dalam 10-15 minit je. :D

So after a happy time kat kidzoona ni..Luq dah selamat tidur dari dalam kereta lagi..Tired sangat la tu. Adam & Kak long sempat layan Upin & Ipin sebelum tidur..

Yang ni masa kat Kidszoona... 












The next morning ~ cuti!!cuti!! (Ibu la paling happy sebab ayah ada kat rumah.,,aahahah)
Seawal 7 pagi ibu dah kejutkan sofea pegi mengaji dengan Opah kat rumah belakang. NI dah masuk hari ke 4 sofea belajar mengaji Iqra'..Memang dah niat nak latih sofea bangun seawal yang boleh untuk menyiapkan diri ke alam persekolahan tahun hadapan..Waaa anak ibu dah besar... Nak naik darjah 1 sudah.. seronok tapi sedih juga..sebab kejap je dah besar.. sobsobsob...Sofea mengaji dalam 15 minit je ..lalu kat pintu belakang. Senang!

Lepas light breakfast dengan sofea, Ibu plan nak pi jogging kat Eco-park..Tapi tak jadi sebab Luq dah bangun & nak join skali..ehhehe Tinggal la adam n ayah kat rumah ..Adam nak layan boboiboy : D






Balik rumah ada customer datang nak order coklat.
Terima kasih Kak Jas & family.. Ayah & Mak Kak Jas sangat-sangat baik & peramah.
Alhamdulillah syukur orang datang rumah memberi kita rezeki.
Job deal & dapat payment masa tu juga..
Syukur Ya Allah! Terima kasih!

Lepas tu layan Charlie & The Chocolate Factory online. 
Semua tidur petang sampai pukul 530pm..
Amik angin kat Ecopark yang sekangkang kera je dari rumah..
Layan tengok kites...
Layan tengok fish..
Layan pijak rumput..
Layan tengok birds..
Layan candid-candid...

I am a happy mother to my 3 kids..
& I am a happy wife to a very kind husband..

ALHAMDULILLAH....





Saturday, April 27, 2013

tired but....

sleepless...tapi tak boleh tdo pulak..
nyesal minum nescafe tadi..

grrr

selamat malam anak-anak ibu..
selamat malam donia..

Bismillah................

Saturday, April 6, 2013

My super duper hero..



Ibu nak anak-anak ibu tahu yang

ayah working so hard untuk kita sekeluarga..

perjalanan kerja ayah bukan mudah..

Alhamdulillah berkat kesabaran dari dulu sampai sekarang..

semoga Allah permudahkan segala urusan kerja ayah.... 

Big big heart dari ibu untuk ayah.... 

I love you B....sampai mati!





#Buatlah seihklasnya..ikhlas kerana Allah Taala kerana besar ganjarannya. InsyaAllah.. 



Wednesday, March 27, 2013

Adam & Hawa

Walaupun lambat tapi takpe lah..nak tulis juga..



Korang dah tengok drama bersiri Adam & Hawa? Owh mak..credit la kat semua pelakon. Especially Nadiya Nisaa yang berlakon so real. Menangis, ketawa, sedih ke...semua real.. Skrip pun rasanya tak la skrip kekok sangat. Aaron Aziz plak harus la diberi penghormatan dengan kejayaan melakonkan watak Adam Mukhriz @ Am.. boleh tersampuk dengan memek muka dia yg notty, cute tu.

Aiyo...pi buat muka taktau plak..notty betul! sapa yg takmo tengok berkali-kali...hahahahha


Rupanya Nadiya ni dah kawin..comel je..huhuhu 



suka la buat muka camtu..huhuhu husband Nadiya pun hensem juga.. 

koleksi gambar dari blogr.my

Anyway congrats juga sebab Nadiya & Aaron berlakon tak la manja terlebih ke..terlebih romance ke...sure Nadiya menjaga etika sebagai isteri/ibu...Good good... ok la.. suka-suka.. Pelakon yang lain2 Anzalna, Dazrin, Elfaeza pun a big role. Cumanya Dazrin je la kurang berkesan. Perlu diperbaiki. : D Ramai je la kalo view komen2 pasal cerita Adam & Hawa ni orang kata seeloknye biar la Neolofa instead of Anzalna utk melakonkan watak Dee.. errk..I think Anzalna pun bagus ape.. suka-suka.. sesuai la karaktor dlm cerita tu..Thumbs up!!

Pelakon extra yg lain dari sekecik2 watak macam nurse kat hospital and ustaz rush tangkap Am & Ain tu pun berlakon dgn bersahaja.. Kadang2 kita boleh nampak pelakon2 yg terikat dengan skrip, keras / kaku sebagainya.. Yang dalam cerita ni semua ok.. LIKE besar!! hehehehhe Congrats kat team & production yang hebat dalam menghasilkan drama yang berkualiti.. : D

Ok la...dalam proses mengdownload soundtrack lagu Adam & Hawa.. Layan.. : D

#Melatih diri bercakap dengan nada yang lemah lembut & sopan baik dengan suami,anak-anak atau sesiapa saja.. InsyaAllah


Sunday, March 3, 2013

Perginya seorang yang dikasihi..

Innalillahi wainaila hirojjiun.. Dari Dia kita datang & pada Dia kita kembali..

26hb Feb 2013 - Menerima panggilan dari Mama dalam pkul 7.30pm...dapat tahu Enche dah takda..
terkejut sungguh.. Tak percaya sbb Enche x sakit..Enche cuma sakit lutut je..

Call Kak Ina ucap takziah.. And Kak Ina pun masih dlm keadaan terkejut lagi.
Menangis tu ofcourse la kan.. Simpati sangat. Kak Ina tak sangka sangat
sebab baru je they all satu family berkumpul celebrate
birthday che'ta, aida & haikal di Putrajaya..
Kun fayakun...Hanya Allah SWT yang mengetahui.

Malam tu mmg tak plan langsung nak pegi ziarah untuk kali terakhir.
Dalam pkul 4am cikpuan mula bangun & buat coklat tempahan Timbalan Rektor UITM.
KLIK sini kalau nak tengok hasilnya ye.. :D Masa buat coklat tu call la Mama tanya dah sampai ke belum..& Mama cerita pulak yang Atuk Tahrim baru je meninggal dunia dalam pukul 3.30pagi seelok diorg semua smpi kat Jenderam Hilir. Ya Allah dugaan buat semua terutama Aina (cucunya) & sepul. Takziah.

Mama bagitahu kebumi pukul 9am..Errmm Cikpuan pun diskas la dengan somi
tanya pendapat boleh ke kalo nak pegi...rasa nak pegi la...
nak naik tren ke...naik bas ke..nak bawak budak2 ni semua ke?
fikirkan Adam yang baru je kene chicken pox & malam tu pun dia tak dapat tido..
Kesian pulak kat Adam...tapi jiwa ni
meronta2 la nak pegi ...sedih ya amat. We are one big family...sedih tu terasa bersama. :'(

Selepas solat subuh (dah meleleh dah air mata ni mendoakan arwah Enche)..call Kak Ina..
Kak Ina cakap kebumi pukul 10-11am..
Ermm ok dipendekkan cerita kitaorg pack barang ala kadar & terus shoot ke sana.
Set mind ada rezeki ada la dapat jumpa Enche before kebumi...
& Alhamdulillah dapat juga cium jenazah Enche ditepi liang lahad..elok2 je timing.
Terima kasih Ya Allah.






Perginya seorang Opah...Tiada lagi pandangan sebegini untuk
cucunya yang paling bongsu ni.. Semoga Arwah Enche ditempatkan dikalangan 
hamba-hamba yang soleh ,rohnya dicucuri rahmat & tenang di sana. Al-fatihah..


Meet you at the gate.. InsyaAllah...

A beautiful garden now stands alone,

missing the one who nurtured it
But now she is gone,
Her flowers still bloom, and the sun is still shines,
But the rain is like tear drops, for the ones left behind,
The weeds lay waiting to take the gardens beauty away,
But the beautiful memories of its keeper are in our hearts to stay,
she loved every flower even some that were weeds,
So much love she would plant with each little seed,
But just like her flowers she was part of God's plan,
So when it was her time he reached down his hand,
He look through the Garden searching for the best,
That's when he found her, it was her time to rest.
It was hard for those who loved her, to just let her go,
But God had a spot in his garden, that needed a gentle soul.
So when you start missing her, remember if you just wait,
When God has a spot in his garden, She'll meet you at the gate....

InsyaAllah..Amin.


Dedicate to all my cousins - 

Baman & Kak long + Syairah
Angah & Kak Ngah + Ifa,Izwan,Nizam,Hafiz
Alang & Kak Lang + Naim,Anis,Hafiz
Kak Ina & Abg Harun + Kimi,Elena
Kak Ita + Aida,Haikal
Esya & Ijat + Naura comey
Mazni

Big heart to all .... Semoga semuanya diberi kekuatan menghadapi 
dugaan ini. Takziah to all PEKMAR.