:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Monday, April 6, 2020

Peperangan yang tidak nampak

Allahuakhbar..
Allahuakhbar..
Allahuakhbar..

COVID-19 melanda seluruh dunia.. Bermula dari Wuhan, China.. Menyebabkan kematian lebih 3,000 orang, kini virus ini menular tiada henti.


Malaysia kini masih bertarung. Cuba bertahan dan berlawan. Musuh yang tidak nampak ini menyerang dari awal cuti sekolah bulan Mac lepas. Lebih teruk bila ada kluster dari perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling. Ya.. Tiada yang menyangka. PKP bermula dan kita sekeluarga stranded di Teluk Intan.

Alhamdulillah.. Banyak aktiviti yang kita buat. Kids enjoy je macam2 buat kan. Dapat berlari kesana sini. Opah Atuk pun happy ada yang meriuhkan suasana. Kalau tak, confirm bosan berdua saja.

Keadaan Atuk? Ermm.. Lepas makan ubat special dari pakar Resperatory Hosp Pemaisuri Bainu,  Ipoh.. Alhamdulillah atuk ok, takde kena kesan sampingan.. Tapi ye la ubat tu hanya utk menahankan dari terus melarat. Batuk dan penat masih ada. Semoga Atuk terus bertahan dan Allah SWT panjangkan umur atuk, dipermudahkan segalanya buat Atuk dan Opah.

Ok. Nanti ibu cerita lagi. Sayu je hati bila fikir Ramadhan nak muncul tak lama lagi. Seriously Bazar tu tak pe lagi kalau takde. Terawih tu penting. Nak terawih kat masjid Teluk Memali..
Huhuhuhu

6 April 2020
PKP hari ke 20

No comments: