Hari ni acara bake2 di rumah.. Sofea dah lama request buat kek tapi takde je masa yang sesuai..
Alhamdulillah hari ni berjaya jugak.
Hasilnya gambar kat bawah ni la..memula buat dalam bentuk cupcake. elok habis je bakar terus kena serbu.. tak sempat nak candid2..hehehe yg 2nd round ibu masukkan dalam
loyang je. senang. tambahkan sikit masa bakar tu ..and rasa nk konfemkan dah masak
betul2 ke tidak, ibu cucuk2 je dgn garfu. setel!
Resipi ibu dapat kat myresipi.com. next time boleh buat lagi.. Yay!!
Bahan-bahan ( 10-12 biji )
- 2 cawan air panas
- 1 1/2 cawan serbuk koko
- 2 3/4 tepung gandum
- 2 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan mentega
- 2 cawan gula
- 4 telur
- 1 1/2 sudu teh vanilla
Cara-cara
- Panaskan oven . Campurkan koko kedalam air panas kacau sebati
- Satukan tepung, garam, baking soda & baking powder dalam mangkuk yang lain.
- Pukul gula & mentega sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur satu persatu, dan masukkan vanilla. Masukkan tepung dan bancuhan koko.
- Hiaskan ikut suka..
No comments:
Post a Comment