:: Muhasabah diri ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu datangnya rahmat-Mu, azimat-azimat ampunan-Mu, berikanlah kebahagian dan kesejahteraan rumahtanggaku , keselamatan dari segala dosa, beroleh segala kebaikan, mendapat syurga dan selamat dari neraka-Mu."

"Ya Allah..lindungi anak-anak ku Sofea Inara , Adam Irhami, Luqman Ikrami dan Khalisa Nadra. Lindungi mereka dari segala musibah dan keburukan. Jadikanlah mereka anak yang soleh , beriman dan mendirikan solat mu...supaya mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabal - Alamin..."



Tuesday, November 29, 2011

Awal Muharram & Long holiday


Alhamdulillah.. Tahun baru datang lagi...Semoga tahun baru ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua..

Seronoknya ibu berholiday weekend yang lepas ni. Actually plan was change last minit. Mujur menjadik jugak pi KL..Mula2 plannye naik myvee..tetiba ayah kene pi otstation ke seremban on 29th. So change plan bawak ejora muatan yang lebih sampai leh bawak peti ais opah skali.

Bertolak dari Tlk Intan around 8am , we all terus pi surprise Mama Ana & Kakak Adik..Sofea so excited jumpa her beloved mama a.k.a pengasuh dia since she was 3 months.. Before Solat Jumaat we all moved to Sunway. While tunggu ayah solat jumaat , kitaorg leparking at caltex nearest masjid tu ...then decided to having lunch at KSS cafe. Kebetulan ibu nak pi HQ kejap uruskan pasal E-claim. Sofea and adam having fun play bola2 kaler2 tu ngn carrom skali. Then around 3pm gerak terus ke Kajang. Keletihan!


Malam tu we all having dinner at Chp & Steak Restaurant di Serdang. Celebrate birthday opah...Sofea boleh pulak request sup kosong ngn nasik putih n dah sah2 kedai tu takde serve menu siam2 ni...terpaksa la ayah ngikutkan kehendak anak dara sorang ni beli kat kedai di sebalik deretan blok tu... Dah dapat ada la makan 5 nam suap then refuse kononnye bau sampah..mak aii...sabar je la..


Owh ye...The next morning (26th) while kakcik ngn panchek pi amik atuk kat station bus dari gombak, we all kat rumah siap2 nk pi reception Tona kat Uniten. Around 12.30pm kitorg smpi sana...Tak ramai guest yg hadir. Majlis berjalan dengan aman dan lancar. Tahniah Cik Mat & Cik Nor dapat menantu dari kerabat Terengganu dengar cheritanya. Couple yang sweet.Tahniah Tona & Syazwan. Before 4pm kitaorg dah sampai Seri Delima. Then we all decided nak pi Seri Suria nak minum2 petang di sana. Having laksa, mee rebus, bihun sup n kuih muih dan kekenyangan la jugak before siap2 nak ke Bora Asmara for Mas's wedding reception.
Bora Asmara ni kat area Kg Sg Penchala. It was awesome place tapi kepanasan la pulak. Seronot jugak dapat jumpa sedara2 belah serawak ni..hehehe...anyway tahniah Mas & her beautiful wife. Liana kalo tak silap namanye.. Adam yang keletihan dah ketiduran dari dalam kereta lagi..Sofea pulak mujur sempat dinner then layu di pangkuan opah.




The next day ayah n ibu decided nak bawak sofea n adam pi Aquaria. Instead of pegi Kenduri menghantar di Jln P Ramlee. Seronoknye..Dapat la bawak budak2 ni tgk the real fishy lalu dalam aquarium. Really enjoyed !! And Sofea got her Shark (RM45) sebagai kenangan.

photo : Kenduri menghantar di Jln P Ramlee

Lepas aquaria kitaorg pi Putrajaya Allamanda....Girls gossip event. Jumpa Kina, Chekta, Kak Elly & family, Yong, Kakcik , Uni & Aida. Occay la..hang out tak lama...

photo : Gathering gossip girl @Alamanda

Malam pulak lepak2 kat rumah makan satey willy (betul ke namanye?) dengan nasik goreng acu...eh nasik goreng, lampung goreng , ikan goreng & sambal tempoyak berulamkan petai opah. wah...meletop bau!

On 29th , walaupun badan dah keletihan , we all pay a visit to As-shalam. Melawat Tok Mat & Obasan. Lunch kat sana ... tu pun lambat gerak. Almaklum la banyak nak kene setelkan...baju, budak2, botol susu...Lepas acara urusniaga brooch selesai, aktiviti berterusan ke KL Sentral pulak. Nak pi tukar tiket ETS ibu. hihihih...letih2 tapi enjoy dengan budak2 ...only 4 of us.. dengan ejora yang selesa! Then dari KL sentral ayah tersesat pulak sampai terpaksa lalu kat depan puduraya yg sesak,...sofea a bit cranky sbb lama kat dalam kereta. Konon nak pi sales buku kat south city plaza...promise her then ape lagi sekejap2 tanya bila nak sampai ..nk beli buku.... Dekat 45min baru smpi south city plaza .....Memula Sofea seronok je la pilh buku...Ibu ngn ayah pun seronok memilih big book sale la katakan! RM5 - Rm3 per book. sapa yang tak pusing mata pilih... About 15-20 mins sofea dah kata nak balik..aik...buku dia dah setel..ayah ngn ibu belum ape lagi...ahahaha...lagi pulak disebabkan aritu last day ..ade pulak promotion beli 20books free 10books..(so total 30buku =RM80 je...)
.hahahah...terus smpi ke malam kitaorg kat situ.. having dinner at Oldtown white coffee..pastu terus balik Seri Delima..

Akhirnya...What a wonderful weekend..Sekian untuk cuti2 kali ini.. .hahahhaa. ..Alhamdulillah. .seronok seronok!!

P/s : Now ibu terpaksa kesorangan sebab Ayah pi Otstation ke Seremban & straight to Sabahan KK until 2nd of Dec. Anak2 ibu stay kat Kajang. Owh no...besar cabaran untuk menghadapi weekdays kesorangan di bandaraya Ipoh ni...Semoga ibu tabah!

No comments: